Countdown

Friday, February 27, 2009

tEntang diA.. Upz.. tEntang diRiku..

  1. setiap hari kena minum susu.. kawen sok c suami bukan sahaja kena beli susu baby tapi kena menggandakannya utk 'baby tua'.. haha
  2. ke mana2 akan membawa losyen.. pesan kak masnah, rajin2lah pakai losyen.. jaga kulit.. so sekarang dalam beg tangan ada losyen.. botol kecil.. kat office+rumah botol besar..
  3. terSANGAT suka bila tibanya hari jumaat.. sebab hujung minggu bakal menjelma.. sabtu ahad tak akan disia2kan begitu sahaja.. sangat berharga bagi diriku yg terpaksa menatap kerja yg bertimbun2 isnin hingga jumaat..
  4. berjalan suka menunduk dan lurus ke depan.. macam malu pula kalau menatap wajah orang.. apa nak malu.. bukan kenal pun.. tapi kalau nak lintas jalan, pandang kiri kanan.. walaupun sampai sekarang belum pandai lintas jalan.. tak sah kalau tak kena hon..
  5. jam tangan jenama BUM dari dulu sampai sekarang.. i like it! susah nak beralih ke jenama lain..
  6. memiliki mata yg kurang sempuna.. tapi terima anugerah Allah seadanya.. mata rabun teruk..
  7. ungu.. purple.. segala2nya purple.. tapi orang cakap seseorang yg menyukai warna ni memiliki sifat cemburu.. tak tahu la tahap mana..
  8. tak pandai nak bersolek.. tak suka pakai mascara.. rasa mata ni berat.. eyeliner.. buruk rasanya mata ni kalau pakai.. eyeshadow.. hm.. ntah la.. nak carik pakar dalam bab2 bersolek ni.. pergi mana2, pergi kerja, pergi jalan2 saya hanya sapu bedak muka, tak sampai seinci, pakai lipbalm kemudian letak secalit lipstick.. dah.. kalau rajin baru pakai eyeliner n eyeshadow sket.. macam tak pakai pun sebenarnya.. baik tak payah pakai.. ha2
  9. akan bersedih bila tak ada teman di sisi.. rasa diri ini sepi.. rasa kosong.. rasa kehilangan..
  10. terAMAT malas jawab panggilan orang.. melainkan hal kerja.. panggilan orang pejabat.. dun know y.. lebih suka baca sms.. dan TERAMAT menyampah dengan c pemanggil yg tak cukup sekali panggilan tak dijawab, tak henti2 call.. tak faham org tengah bz atau malas nak layan.. hu2.. jahatnya..
  11. tak senang duduk bila berada di tempat yg didominasi oleh kaum lelaki.. tapi kena menerima hakikat yg sekarang bekerja bidang banyak org lelaki woo..
  12. dalam laci meja office ada stok prune.. sunsweet.. bila rasa nak mengunyah.. makan aje la..
  13. sarapan pagi dengan oat.. supaya tak cepat lapar.. dalam masa yg sama, serap kolesterol and jaga jantung..
  14. teramat kedekut dalam bab2 membeli pakaian.. cerewet dari segi harga.. kalau rasa tak berbaloi, tak ada nya pergi beli.. harga kena yg sedang2 aja.. jenama pun sedang2.. kalau tak percaya, tanya zura.. orang yg suka pakai baju hitam.. tudung hitam.. all black.. masa nak dekat raya, takde sebok2 beli kain buat baju.. beli time bukan raya.. simpan utk raya yg lagi 6,7 bulan..
  15. sepanjang bekerja ni, perkara yg paling tak disukai adalah menghadiri mesyuarat.. satu topik bincang utk satu jam.. adeii.. boring sungguh..
  16. seorang yg tak pandai bermain bola.. apa2 bola pun.. bola jaring ke, bola keranjang ke, bola baling ke.. bukan setakat tak tahu main malah takut dengan bola.. tapi kan.. teringin sangat main futsal.. main tendang2 bola jek.. harapnya nanti jumpa satu team main futsal bersama..
  17. BENCI pada orang yg berkali2 minta maaf tapi masih tak menyedari kesalahan sendiri.. masih mengulanginya.. ke sekian kali.. sampai fed up dibuatnya.. senang cerita.. lupakan semua.. lupakan!!!!!!!!!
  18. tak suka ngan org yg pagi2 lagi dah membebel.. kalau nak bebel jgk, bebel la tengahari nanti ke, petang2 nanti ke.. mulakan la hari anda dgn senyuman.. ni tak.. isk2
  19. dah sampai nombor 19.. kenapa semua yg buruk2 aje tentang diriku??.. ini maknanya saya pun kena perbaiki diri.. jangan hanya tahu tak suka la, menyampah la, dan yg seangkatan dengannya...............

Thursday, February 26, 2009

terima kasih C.I.N.T.A



Terima kasih, CINTA.. upz.. bahaya ni! sisihkan perasaan syak wasangka pada saya!! ros merah jambu.. 24th.. meja semak.. letak atas meja.. atas buku2.. kertas2.. gagal jadi photographer.. ambil gambar bunga.. macam mana pula boleh terselit gambar handphone.. handphone murah jek.. hee.. doa ku masuk umur baru.. moga jodoh datang cepat.. adeiii.. cOnnie.. cOnnie..

Monday, February 9, 2009

C.I.N.T.A

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Sunday, February 1, 2009

Mari Belajar Memandu

Selamat hari jadi, Cik Ct.. Dan selamat hari wilayah.. He2.. Hari ni 1hb Februari.. Dah masuk bulan 2.. Rasa macam baru je masuk tahun baru hari tu.. Ni dah bulan 2.. Cepatnya masa berlalu.. Semalam baru balik daripada bercuti.. Balik ke Kuching setelah bercuti sakan di kampung.. Saya pula yang beriya2 sambut CNY ni.. Hm.. Takde la.. Alang2 cuti isnin selasa, baik amek cuti seminggu terus.. Lagipun pasni sure susah nak lari daripada pejabat.. Bulan 2 dah start travelling.. Pegi sana, pegi sini.. Belum sampai setahun lagi kerja di Kuching ni tapi dah hampir satu Sarawak saya round.. Negeri sendiri pun lum habis round lagi.. Ni dah round negeri orang.. Takpe la.. Buat2 mcm negeri sendiri.. Hek2.. Baru balik semalam, hari ni terus pegi sambung belajar kereta.. Awal2 pagi dah keluar, amek bas pegi Matang.. Cikgu Adie tak datang amek.. Terpaksa pegi sendiri.. Ikut kata Zura, amek bas pegi bandar then amek bas Matang pegi pusat memandu tu.. Saya ni jenis yg penakut jalan sorang2, nak pula naik bas ke tempat yg jarang kita pegi.. Semangat lesen punya pasal, beranikan diri aje la.. Jelez la.. Orang lain dah ada lesen, saya umur dah nak masuk 24 baru nak ada lesen.. Tengok orang, tengok kawan2, abis spm dah boleh belajar kereta.. Saya ni tunggu pegang duit sendiri baru dapat semua tu.. Hu2.. Kewangan agak kureng sket sebelum ni.. Sekarang alhamdulillah.. Dah ada duit sendiri.. Dapat bagi parents, tanggung adik beradik.. Takat yg mampu.. Baru masuk kerja, gaji belum seberapa.. Ni pun baru sekarang dapat belajar.. Dah dekat 8 bulan kat sini.. Cari tempat belajar, tak tahu mana.. Kebetulan masa naik satu teksi ni, Uncle Leong yg peramah.. Saje tanya dia mana tempat utk belajar driving.. Dia kata nanti dia bagitahu.. Dia ada kawan.. Baiknya uncle ni.. Ikhlas nak tolong saya.. Kembali kepada topik asal.. Cikgu Adie suh datang dalam jam 8.15.. Saya sampai tempat tu setengah jam awal.. Naik bas macam saya ni vip pula (e eh.. vip mana naik bas).. Saya sorang je penumpang.. Tak tau la mana pegi orang2 Kuching.. Mungkin belum bangun lagi.. Awal pagi, hujan pula tu.. Tentu dorang sambung tido.. Saya minta driver tu berhenti depan pusat memandu tu.. Sebenarnya saya tak ingat sangat tempat tu.. Nasib baik dia tahu.. ''Uncle, nanti berhenti depan pusat memandu cangiran k..''.. Amboi.. Sedap2 je panggil dia 'uncle' padahal saya tengok muda lagi driver bas tu.. Tapi saya nak panggil apa?.. Panggil 'Encik' nanti dia kata skema pula.. Mesti dia kutuk2 saya panggil dia 'uncle'.. Dah la slang bukan local.. Ntah bila la saya pandey klaka srwk ni.. Faham kalau orang cakap tapi nak cakap slang srwk juga macam belum confident lagi.. Bila dah sampai tempat tu saya terus mesej Cikgu Adie.. ''Cikgu Adie.. Kamek da sampey''.. Panggil 'cikgu' je la.. Dah dia cikgu saya.. Macam masih student kat sekolah pula ek.. Tak lama pastu dia pun datang.. Hari ni saya sambung bengkel 3jam dengan cikgu.. Dalam hati saya tertanya2.. Apa la yg dia ajar hari ni.. Mungkin dia akan ajar macam mana nak buka tayar, tengok enjin keta.. Kemungkinan la.. Saya tak tahu.. Yang saya tahu, cepat la abis kelas hari ni.. Nak balik cepat.. Nak tengok melodi.. Ha2.. Cikgu Adie amek ic saya, dia suruh thumbprint.. Then dia suh saya duduk.. Saya pun duduk je la.. Berjam2 saya duduk.. Nak cukupkan 3jam, baru boleh balik.. Tengok je la Cikgu Adie ajar student lain driving.. Saya ni yg duduk kebosanan.. Ntah berapa kali saya menguap.. Dah abes dia ajar orang, baru dia datang balik kat saya.. Isk2.. Tak guna betul.. Kiranya saya orang last la walaupun saya datang awal tadi.. Apa yg saya fikirkan, yg saya agak2.. Rupanya tak.. Takde pun Cikgu Adie ajar saya buka tayar ke apa, tengok2 enjin keta ke.. Adeiiii.. Ada ka patut dia suh saya bawak keta.. Saya pun terkial2.. Ini ke namanya bengkel dengan cikgu.. Saya tanya nak terus bawak keta ke?.. Bukan sebab saya tak pandai nak start enjin ke, nak pegang stering mcm mana, nak bawak keta.. Tapi mcm mana kalau saya memang tak tahu semua tu.. Tak ke mati akal.. Paling2 pun dia bawak la dulu, tunjuk ajar apa yg patut.. Tak apa la.. Tapi rasa nyesal juga bagi dia tahu saya pandai bawak keta.. Tak la pandai, boleh la sket2.. Kalau dia tak tahu tentu dia akan ajar dengan penuh kasih sayang.. =p.. Saya pun bawak la keta tu round pusat memandu tu.. Jalan ntah berapa round.. Naik turun bukit.. Parking.. Mana la saya pernah bawak keta jauh2.. Bawak keliling rumah kat kampung jek.. Tu je modal yg saya ada.. Cikgu Adie suh berhenti depan traffic light palsu.. Ok.. Pass.. Ikut je arahan dia.. Saya ajak dia sembang.. Boring.. Mulut ni pun mcm tak boleh duduk diam.. Cikgu Adie ni pula.. Ish2.. Bukan nak cakap apa.. Dari awal saya ber'cikgu'kan dia (ada pula ayat mcm ni).. Dia asyik main enset jek.. Ntah ngan sape dia ber'sms'.. Mcm banyak gerek la pula.. Ntah.. Tak tahu apa status dia.. Tak pernah tanya pun.. ''Cikgu Adie ni dah kawen ke belum?''.. Tak nak la tanya.. Nanti dia kata saya mcm takde soalan lain je nak tanya.. Hm.. Anggap je la dia dah kawen.. Ha2.. Dan tak tahu la kenapa.. Hari ni gatal pula handphone saya berbunyi.. Saya pun selamba je la.. Tengah2 driving jawab call orang.. Masa2 lain takde pula orang sebok nak call.. Hampir nak thumbprint utk sign out, Cikgu Adie minta gambar.. Utk lesen L.. Banyak komen pula mamat ni.. Bagi gambar saiz lesen pun salah ke.. Ok le tu.. Huuu~ Tak kan nak bagi gambar saiz 4R pula kan.. Siap lesen L ni dah boleh masuk kelas 8jam.. Cepat la abis.. Susah la.. Dah la dapat amek hujung minggu je.. Lambat la dpt lesen nanti.. Minta2 pula kalau pegi travelling ke apa.. Lagi la lambat nak siap.. Bila dah ada lesen, teringin nak tarik keta sebijik.. Tak mo la pakai keta orang.. Lagipun kerja jauh2 ni.. Susah nak gerak.. Duit pun dah banyak abes utk teksi.. Dulu saya minat Toyota Vios.. Minat gile2.. Kuar yg baru, mcm kureng2 sket minat ni.. Bukan tak lawa yg baru.. Tapi ntah la.. Hati minat jugak ngan Honda Civic.. Lawa.. Harga pun lawa.. Nanti tersasar budget.. Diri sendiri yg susah.. Sekarang banyak guna duit.. Financial belum berapa stabil.. Setakat minat je kan.. Tak salah.. Buat masa ni kumpul duit banyak2 buat deposit keta.. Moga tak lama lagi dapat memiliki keta sendiri n tak payah pakai atau pinjam keta orang.. Bergaya la dengan keta sendiri.. He2..