Countdown

Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat ayahanda dan bonda.. Adik beradik di kampung [sungkai makan apa di kampung? mesti makan sedap2].. Buat bakal mertua, juga yang berada di kampung.. My husband to be.. =D Ngeeeee.. Macam ucapan raya la pula..

Moga ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan buat kita semua.. Jika diizinkan Allah, ini merupakan ramadhan terakhir saya sebagai orang 'bujang' (tapi sudah menjadi tunangan orang).. Tahun depan?? Ho3..

BERPUASA KETIKA MASIH BUJANG :

Sahur saya adalah KURMA + OAT + MADU.. Tidak mungkin saya akan 'menelan' nasi atau benda2 yg agak heavy.. Atau mungkin boleh saja anda semua katakan saya 'malas masak'.. Ini adalah apabila saya bersahur sendirian, yang sudah bertahun2 saya melalui keadaan seperti ini.. Berpuasa di perantauan..

Sungkai/sungkey/buka puasa - Saya tiada rasa mahu membeli2 itu ini, yang akhirnya saya buka puasa keseorangan juga.. Kalau di kampung mesti seronok.. Hari2 boleh buat air 'Whitelady'.. Bahan2nya : Air gula + susu sejat + cocktail + laici + ais + hirisan lemon.. Cara2nya : Boleh digambarkan sendiri melalui bahan2 tersebut [malas mahu membuat ayat panjang2]..


BERPUASA SEBAGAI ISTERI ORANG :


Macam2 bermain di fikiran.. Si dia biasa sahur makan apa? Nampak sangat saya tidak pernah bertanya pada dia.. Ehh rasa pernah la tapi ntahhhhh.. Lupa.. Hu2.. Saya kena mengubah cara hidup.. Mesti rajin.. Mesti masak untuk dia.. Atau dia pun 2x5 macam saya? Tidak pandai sahur makan yang berat2.. Silap2 dia yang kena kejutkan saya bangun sahur.. Kalau sahur di rumah mertua??? Ho3..

Buka puasa pun mesti rajin masak.. Takut laki lari gi makan luar.. Mulai sekarang mesti rajin buka buku atau internet, cari resipi2 masakan.. Tambat hati suami dengan masakan air tangan isteri.. Mesti pernah dengar ayat ni..

------------------------------------------------------------


Saya sudah mengantuk untuk memanjangkan lagi cerita.. Bye!! Nite!!

No comments: