Countdown

Saturday, March 19, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN - 19.03.2011

Alhamdulillah.. Saya sah menjadi tunangan orang.. =D. Perasaan yang sukar digambarkan. Sekarang sudah mampu gembira, tetapi . . . . . . . . . . Beberapa hari sebelum majlis, macam2 perasaan.. Sampai tak lalu makan.. Pastu sempat lagi ajak ‘bakal tunang’ (sebelum) pergi ke zoo, agak2 tengok binatang boleh hilangkan perasaan ‘rojak’ ni.. NO!! Masa tak cukup! Better buat preparation. Pas bertunang baru gi zoo, ok! Baru leh jalan puas2. Ok bos!!

Preparation :
  1. HANTARAN - Sila gubah hantaran sendiri. Jangan membazir! Mahal kalau suruh kedai gubah. Yeap! Gubah sendiri. Dulu pernah tolong gubah hantaran orang. Tolong sahaja, bukan gubah 100% pun. Bakat kurengggg.. So now gubah la barang hantaran SENDIRI.. Yeee.. sendiri. ‘Dia’ kata 7 hantaran balas 9.. Sebab masa merisik barang hantaran terserah kepada kami.. Alamak! Mana mahu cari 9 barang hantaran? Apa patut diberi? Blurrrrrrr.. 2 hari sebelum, keluar dengan dia pergi beli barang hantaran, termasuk cincin. Cincin adalah barang yang terlalu sukar dicari.. Lawa, tapi takde saiz.. Cari lagi.. Lawa, tapi mahal sangat! Harga bukan alang2.. At last, jumpa juga yang berkenan di hati.. Ohh rupanya boleh aje ukir nama kat belah dalam cincin tu.. Cincin u ukir nama i, cincin i ukir nama u.. =).. Ehh.. Rasa2 sebelum pergi cari cincin, kedai pertama yang kami masuk adalah THE BODY SHOP.. [kami memakai perfume jenama yang sama.. WHITE MUSK.. so pas kawen boleh share2 perfume. =P] .. Beli yang set.. Sebagai penambah2.. Dia bagi ni, saya bagi tu = benda yang sama. Ok, settle! Cari, cari, dan cari lagi.. Pencarian belum berakhir. [berkata dalam hati, "untuk perempuan kita senang cari barang mahu bagi apa, tapi untuk lelaki, saya hampir putus asa, putus berfikir.. haaa.. tak reti mahu bagi apa"..].. Time2 ni juga sambil membeli bunga hiasan buat gubah dulang hantaran. Masa tetap berjalan. Petang menjelma, kira punya kira.. Haaa.. belum cukup. Lagi 1 barang mahu bagi dia. Never mind, besok ajak kakak keluar cari barang lagi. Proses penyediaan barang hantaran, bukan semudah seperti yang saya rasakan sebelum ini.
  2. LAIN-LAIN - Mungkin tidak perlu dinyatakan dengan panjang lebar sebab ini akan membuatkan anda semua bosan untuk membaca blog saya.. Oleh itu, saya hanya akan menunjukkan gambar2 sepanjang majlis pertunangan kami.

Ketibaan rombongan pengantin lelaki meminang dari Kampung Benoni, Papar

Antara tetamu yang hadir.. Kesian dorang duduk bersempit2.. Al maklum.. Rumah kecil..
Bakal 'Mum In Law' - Bertudung hitam, bakal 'Dad In Law' - Berbaju batik hijau  
Eh macam Kikin pula yang mahu bertunang.. Tertunduk malu.. =P
Laa.. Tengah khusyuk dengar apa tu?
Cincin ~~ Istimewa buat bakal tunang saya, MOHD FADZRIE BIN HAJI AWANG SALLEH
Jari jemari 'menggeletar' tatkala cincin disarung.. Mungkin sebab terlalu 'nervous'.. Hu2.. Nikah nanti mcmana??? Ho3.. Time tu sang suami yang akan sarungkan..
Kami tidak dibenarkan duduk dekat2.. =(
Mereka adalah ibu2 saya.. =)
Bersama kedua ibu bapa saya.. =)
Pose ini adalah atas arahan photographer.. Yang saya sendiri rasakan umpama sedang menjalani penggambaran filem hindustan
Sila jangan ketawa apabila melihat gubahan hantaran2 saya itu.. Purple theme
Ku mohon pada Mu..
Ini juga pose atas arahan Mr. Photographer
 

No comments: